Bahagian "Lihat juga" dan "Topik berkaitan" Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Jika rencana pendek sahaja dan tidak mempunyai tajuk bahagian, rujukan informal ke rencana-rencana yang berkaitan (jika rencana-rencana tersebut tidak dipautkan melalui teks halaman) disyorkan pengendaliannya dibuat melalui ''Lihat juga'':, dengan dua pasang tanda koma terbalik yang tunggal, umpamanya:

''Lihat juga'': [[Malaysia]], [[Perdana Menteri]]

yang menghasilkan

Jika rencana terlalu panjang serta mengandungi tajuk bahagian dan jika "Lihat juga" merujuk kepada rencana yang seluruh (bukannya, sebahagian), ia harus menjadi tajuk bahagian peringkat kedua supaya dipaparkan dalam jadual kandungan. Bahagian "Lihat juga" harus diletakkan sebelum bahagian "Pautan luar". Jangan tambahkan pautan dalam bahagian "Lihat juga" jika ia telah dipautkan dalam teks rencana.

== Lihat juga ==* [[Malaysia]]* [[Perdana Menteri]]

yang akan dipaparkan seperti berikut:

Kekadangnya, rujukan juga boleh dibuat secara formal:

Topik-topik berkaitan

Kadang-kadang, adalah baik jika terdapat rujukan silang yang eksplisit di dalam teks; umpamanya, sewaktu sebahagian teks yang panjang telah dialihkan ke rencana lain. Pada kes-kes tersebut, sila gunakan teks tebal untuk pautan supaya kepentingannya lebih mudah dikesan. Umpamanya:

Keadaan yang sah mengenai penyunatan berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara (lihat Taraf yang sah untuk penyunatan).

(Lihat Wikipedia:Bahagian).